Tuesday, 19 April 2011

Salam Perjuangan Rakyat Jelata

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Ingin hamba meniupkan khabar berita buat rakyat jelata kerajaan SMK TASEK UTARA 2 yang bakal menghadapi peperangan getir abad ini (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011), arakian maka terkisahlah pengkhabaran dimana buat Jajahan TINGKATAN 3 dan Jajahan TINGKATAN 5 yang akan diuji dengan maha dasyatnya abad ini, tuan hamba sekalian bakal diberikan pembayang yang akan memudahkan perjuangan tuan hamba dalam peperangan (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011) ini.

Buat Jajahan TINGKATAN 3,

Tuan hamba diminta untuk menelaah (membaca) kitab-kitab (buku-buku teks) dari Jajahan TINGKATAN 1 dan Jajahan TINGKATAN 2 kerana kalian akan diuji dalam bukan sahaja mengenai susur galur Jajahan TINGKATAN 3, bahkan anda juga akan diuji mengenai ilmu yang telah dipelajari semasa kalian bertapa di dalam Jajahan TINGKATAN 2 dan Jajahan TINGKATAN 1.
Harap kalian berwaspada dan bersiap sedia lebih segera.

Buat Jajahan TINGKATAN 5,

Tuan hamba diminta untuk menelaah (membaca) kitab-kitab (buku-buku teks) dari Jajahan TINGKATAN 4 kerana kalian akan diuji dalam bukan sahaja mengenai susur galur Jajahan TINGKATAN 5, bahkan anda juga akan diuji mengenai ilmu yang telah dipelajari semasa kalian bertapa di dalam Jajahan TINGKATAN 4.
Harap kalian berwaspada dan bersiap siaga.

Buat Jajahan TINGKATAN 1, Jajahan TINGKATAN 2 dan Jajahan TINGKATAN 4,

Bukan hamba tidak mengasihi kalian, akan hamba bongkarkan rahsia mengenai apa yang akan diuji apabila tiba masanya kerana kalian hanya akan diuji mengenai ilmu kalian dalam Jajahan semasa sahaja (Contohnya Jajahan TINGKATAN 2 hanya akan diuji ilmu pertapaan semasa di dalam Jajahan TINGKATAN 2 sahaja).
Tidak sukar bukan?

Oleh itu, tiada alasan untuk tidak cemerlang kerana kalian sudah dibekalkan oleh Pencipta dengan akal dan fikiran yang amat cerdik dan pintar, maka tunjukkanlah kehebatan anda kepada rakyat yang lain agar kalian dapat dinaikkan taraf menjadi Datuk Laksamana dan Syahbandar di kelas masing-masing.

Apakah itu Datuk Laksamana dan Syahbandar? Akan hamba nukilkan didalam pengkisahan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment