Sunday, 10 April 2011

Di Sini, Segalanya Bermula...

Selamat datang ke blog rasmi Panitia Sejarah SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru. Blog ini disediakan khas buat warga sekolah dan umumnya kepada tuan hamba yang ingin meluaskan pandangan dan ilmu dalam bidang yang berkaitan. Tanpa desakan moral daripada pelajar yang dahagakan pembaharuan dalam pembelajaran Sejarah, nescaya blog ini tidak akan terwujud dalam masa yang begitu singkat.

Tahniah kepada pelajar yang amat berdedikasi dalam melahirkan hasrat dan minat mempelajari dan mendalami ilmu Sejarah. Kepada tuan hamba yang ingin hasil karya tuan hamba disiarkan, sila hantarkan karya tuan hamba melalui email kepada hamba di pnoorashikin@gmail.com beserta nama dan kelas supaya dapat hamba siarkan empunya hasil karya yang berjasa.Kepada yang ingin bertanya soalan, bolehlah menulis komen diruangan yang disediakan.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang di kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

No comments:

Post a Comment