Bersempena dengan Bulan Akademik 2011, Panitia Sejarah akan menganjurkan Pertandingan Pembelajaran Sejarah Melalui ICT 2011. Pertandingan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Matapelajaran Sejarah SMK Tasek Utara 2 yang amat berminat untuk menghasilkan nota pembelajaran menggunakan ICT sebagai media untuk mencurahkan bakat yang terpendam dan skil-skil yang tersimpan. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan :
- Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas.
- Penyertaan boleh dibuat dalam bentuk berkumpulan atau individu.
- Penyertaan boleh dibuat dalam bentuk Powerpoint, Flash, Video, Words atau sebarang perisian lain yang dirasakan sesuai.
- Setiap penyertaan mestilah mengikuti susunan seperti berikut : Tingkatan, Bab, Tajuk dan diikuti oleh subtopik yang dipilih.
- Pada pengakhiran persembahan, anda diminta untuk menyenaraikan nama penuh, kelas, No. I/C setiap peserta yang terlibat.
- Emailkan penyertaan anda ke alamat pnoorashikin@gmail.com.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 April 2011.
- Setiap penyertaan anda akan disiarkan di blog rasmi Panitia Sejarah SMK Tasek Utara 2. Sesiapa yang merasakan hasilan tersebut layak untuk menang bolehlah memberi komen pada entri tersebut. Pemarkahan adalah berdasarkan undi daripada pelayar blog dan Juri Profesional yang dirahsiakan identiti mereka.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete