Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
Kepada rakyat jelata yang telah dijanjikan dengan tips-tips soalan yang akan diuji dalam peperangan getir akan datang (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011) disini hamba titipkan sedikit lagi pembayang sebagai rujukan kalian.
Jajahan TINGKATAN 1,
Soalan yang akan diuji meliputi :
Bab 1 Sejarah dan Kita
Bab 2 Zaman Prasejarah
Bab 3 Kerajaan Awal di Asia Tenggara
Bab 4 Kemunculan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Oleh itu, diharapkan semua pelajar bersiapsiaga dengan ilmu yang penuh didada bagi menjawab segala persoalan yang akan diberikan.
Jajahan TINGKATAN 2,
Soalan yang akan diuji adalah seperti yang berikut :
Bab 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British
Bab 2 Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bab 3 Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke
Bab 5 Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British
Dipersilakan semua rakyat jelata Jajahan TINGKATAN 2 untuk membuat ulangkaji bab berkenaan bagi meningkatkan lagi pemahaman kalian.
Jajahan TINGKATAN 3,
Buat Jajahan TINGKATAN 3 yang akan menghadapi Perang Maha Randika ( PMR ) pada tahun ini, ujian yang bakal dihadapi adalah lebih lagi iaitu seperti dinukilkan dibawah ini :
TINGKATAN 1 - Semua Bab
TINGKATAN 2 - Semua Bab
TINGKATAN 3 - Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3 Ancaman Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 5 Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Oleh itu, buat semua yang berkenaan, bersiap sedialah lebih awal bagi memastikan kejayaan yang cemerlang diraih nanti.
Jajahan TINGKATAN 4,
Buat Jajahan TINGKATAN 4 pula, soalan yang akan diuji adalah berkaitan dengan bab-bab berikut :
Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Bab 2 Peningkatan Tamadun
Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara
Jadi bersedialah kalian semua, kerana soalan yang bakal diberikan adalah seperti soalan dalam pengujian yang sebenar.
Jajahan TINGKATAN 5,
Buat Jajahan TINGKATAN 5 yang bakal menduduki peperangan tergetir juga pada tahun ini iaitu Serangan Perang Mahasatria ( SPM ), kalian akan mendepani ujian yang lebih sukar kali ini. Berikut adalah tajuk-tajuk yang akan diuji :
TINGKATAN 4 - Semua bab
TINGKATAN 5 - Bab 1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Diharap kalian dapat bersedia dengan apa yang telah diajarkan kepada kalian. Persediaan awal memungkinkan kejayaan yang amat bermakna kelak.
Demikianlah soalan yang akan diuji dan disoal nanti. Diharap kalian lebih bersedia untuk menghadapi peperangan ini. InsyaAllah persediaan awal yang rapi akan menjadikan kalian lebih berani di medan peperangan kerana...
Andai senjata lengkap tersedia,
Peperangan pasti dapat dimenanginya.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment