Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
Kepada rakyat jelata yang telah dijanjikan dengan tips-tips soalan yang akan diuji dalam peperangan getir akan datang (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011) disini hamba titipkan sedikit lagi pembayang sebagai rujukan kalian.
Jajahan TINGKATAN 1,
Soalan yang akan diuji meliputi :
Bab 1 Sejarah dan Kita
Bab 2 Zaman Prasejarah
Bab 3 Kerajaan Awal di Asia Tenggara
Bab 4 Kemunculan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Oleh itu, diharapkan semua pelajar bersiapsiaga dengan ilmu yang penuh didada bagi menjawab segala persoalan yang akan diberikan.
Jajahan TINGKATAN 2,
Soalan yang akan diuji adalah seperti yang berikut :
Bab 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British
Bab 2 Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
Bab 3 Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke
Bab 5 Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British
Dipersilakan semua rakyat jelata Jajahan TINGKATAN 2 untuk membuat ulangkaji bab berkenaan bagi meningkatkan lagi pemahaman kalian.
Jajahan TINGKATAN 3,
Buat Jajahan TINGKATAN 3 yang akan menghadapi Perang Maha Randika ( PMR ) pada tahun ini, ujian yang bakal dihadapi adalah lebih lagi iaitu seperti dinukilkan dibawah ini :
TINGKATAN 1 - Semua Bab
TINGKATAN 2 - Semua Bab
TINGKATAN 3 - Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3 Ancaman Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 5 Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Oleh itu, buat semua yang berkenaan, bersiap sedialah lebih awal bagi memastikan kejayaan yang cemerlang diraih nanti.
Jajahan TINGKATAN 4,
Buat Jajahan TINGKATAN 4 pula, soalan yang akan diuji adalah berkaitan dengan bab-bab berikut :
Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Bab 2 Peningkatan Tamadun
Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara
Jadi bersedialah kalian semua, kerana soalan yang bakal diberikan adalah seperti soalan dalam pengujian yang sebenar.
Jajahan TINGKATAN 5,
Buat Jajahan TINGKATAN 5 yang bakal menduduki peperangan tergetir juga pada tahun ini iaitu Serangan Perang Mahasatria ( SPM ), kalian akan mendepani ujian yang lebih sukar kali ini. Berikut adalah tajuk-tajuk yang akan diuji :
TINGKATAN 4 - Semua bab
TINGKATAN 5 - Bab 1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Diharap kalian dapat bersedia dengan apa yang telah diajarkan kepada kalian. Persediaan awal memungkinkan kejayaan yang amat bermakna kelak.
Demikianlah soalan yang akan diuji dan disoal nanti. Diharap kalian lebih bersedia untuk menghadapi peperangan ini. InsyaAllah persediaan awal yang rapi akan menjadikan kalian lebih berani di medan peperangan kerana...
Andai senjata lengkap tersedia,
Peperangan pasti dapat dimenanginya.
Wallahua'lam...
Thursday, 21 April 2011
Tuesday, 19 April 2011
Salam Perjuangan Rakyat Jelata
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
Ingin hamba meniupkan khabar berita buat rakyat jelata kerajaan SMK TASEK UTARA 2 yang bakal menghadapi peperangan getir abad ini (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011), arakian maka terkisahlah pengkhabaran dimana buat Jajahan TINGKATAN 3 dan Jajahan TINGKATAN 5 yang akan diuji dengan maha dasyatnya abad ini, tuan hamba sekalian bakal diberikan pembayang yang akan memudahkan perjuangan tuan hamba dalam peperangan (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011) ini.
Buat Jajahan TINGKATAN 3,
Tuan hamba diminta untuk menelaah (membaca) kitab-kitab (buku-buku teks) dari Jajahan TINGKATAN 1 dan Jajahan TINGKATAN 2 kerana kalian akan diuji dalam bukan sahaja mengenai susur galur Jajahan TINGKATAN 3, bahkan anda juga akan diuji mengenai ilmu yang telah dipelajari semasa kalian bertapa di dalam Jajahan TINGKATAN 2 dan Jajahan TINGKATAN 1.
Harap kalian berwaspada dan bersiap sedia lebih segera.
Buat Jajahan TINGKATAN 5,
Tuan hamba diminta untuk menelaah (membaca) kitab-kitab (buku-buku teks) dari Jajahan TINGKATAN 4 kerana kalian akan diuji dalam bukan sahaja mengenai susur galur Jajahan TINGKATAN 5, bahkan anda juga akan diuji mengenai ilmu yang telah dipelajari semasa kalian bertapa di dalam Jajahan TINGKATAN 4.
Harap kalian berwaspada dan bersiap siaga.
Buat Jajahan TINGKATAN 1, Jajahan TINGKATAN 2 dan Jajahan TINGKATAN 4,
Bukan hamba tidak mengasihi kalian, akan hamba bongkarkan rahsia mengenai apa yang akan diuji apabila tiba masanya kerana kalian hanya akan diuji mengenai ilmu kalian dalam Jajahan semasa sahaja (Contohnya Jajahan TINGKATAN 2 hanya akan diuji ilmu pertapaan semasa di dalam Jajahan TINGKATAN 2 sahaja).
Tidak sukar bukan?
Oleh itu, tiada alasan untuk tidak cemerlang kerana kalian sudah dibekalkan oleh Pencipta dengan akal dan fikiran yang amat cerdik dan pintar, maka tunjukkanlah kehebatan anda kepada rakyat yang lain agar kalian dapat dinaikkan taraf menjadi Datuk Laksamana dan Syahbandar di kelas masing-masing.
Apakah itu Datuk Laksamana dan Syahbandar? Akan hamba nukilkan didalam pengkisahan yang akan datang.

Monday, 11 April 2011
Pertandingan Pembelajaran Sejarah Melalui ICT 2011
Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Bersempena dengan Bulan Akademik 2011, Panitia Sejarah akan menganjurkan Pertandingan Pembelajaran Sejarah Melalui ICT 2011. Pertandingan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Matapelajaran Sejarah SMK Tasek Utara 2 yang amat berminat untuk menghasilkan nota pembelajaran menggunakan ICT sebagai media untuk mencurahkan bakat yang terpendam dan skil-skil yang tersimpan. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan :

- Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas.
- Penyertaan boleh dibuat dalam bentuk berkumpulan atau individu.
- Penyertaan boleh dibuat dalam bentuk Powerpoint, Flash, Video, Words atau sebarang perisian lain yang dirasakan sesuai.
- Setiap penyertaan mestilah mengikuti susunan seperti berikut : Tingkatan, Bab, Tajuk dan diikuti oleh subtopik yang dipilih.
- Pada pengakhiran persembahan, anda diminta untuk menyenaraikan nama penuh, kelas, No. I/C setiap peserta yang terlibat.
- Emailkan penyertaan anda ke alamat pnoorashikin@gmail.com.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 April 2011.
- Setiap penyertaan anda akan disiarkan di blog rasmi Panitia Sejarah SMK Tasek Utara 2. Sesiapa yang merasakan hasilan tersebut layak untuk menang bolehlah memberi komen pada entri tersebut. Pemarkahan adalah berdasarkan undi daripada pelayar blog dan Juri Profesional yang dirahsiakan identiti mereka.
Sunday, 10 April 2011
Di Sini, Segalanya Bermula...
Selamat datang ke blog rasmi Panitia Sejarah SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru. Blog ini disediakan khas buat warga sekolah dan umumnya kepada tuan hamba yang ingin meluaskan pandangan dan ilmu dalam bidang yang berkaitan. Tanpa desakan moral daripada pelajar yang dahagakan pembaharuan dalam pembelajaran Sejarah, nescaya blog ini tidak akan terwujud dalam masa yang begitu singkat.
Tahniah kepada pelajar yang amat berdedikasi dalam melahirkan hasrat dan minat mempelajari dan mendalami ilmu Sejarah. Kepada tuan hamba yang ingin hasil karya tuan hamba disiarkan, sila hantarkan karya tuan hamba melalui email kepada hamba di pnoorashikin@gmail.com beserta nama dan kelas supaya dapat hamba siarkan empunya hasil karya yang berjasa.Kepada yang ingin bertanya soalan, bolehlah menulis komen diruangan yang disediakan.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang di kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Subscribe to:
Comments (Atom)