
Najib Tun Razak (tiga dari kanan) dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin bersama rakyat berbilang kaum melakukan senaman Senam Seni Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tahukah anda apa itu Senam Seni 1 Malaysia? Senam Seni Malaysia ialah senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang dilakukan termasuk aspek pemanasan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan singkat. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.
Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman. Ia amat baik untuk mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dan mengharmonikan masyarakat Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum di dalam aktiviti berkenaan.
Aktiviti fizikal berdasarkan seni dan tarian rakyat memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan penghayatan seni budaya tempatan. Senam Seni Malaysia telah membuktikan kesenian tradisional rakyat boleh diguna pakai dalam apa jua perkara.
Modul Senam Seni Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum di negara ini diadunkan menjadi elemen senaman selama 30 minit. Ia turut dihasilkan dalam bentuk video cakera padat (VCD), dan dijual dengan harga RM10.
Disunting Daripada Utusan Malaysia
Disunting Daripada Utusan Malaysia
Baru-baru ini, SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru telah mempersembahkan Senam Seni 1 Malaysia pada Kejohanan Sukan Tahunan 2012 mereka bertempat di Padang STF, Johor Bahru. Sekumpulan 50 orang pelajar yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan Murut mempersembahkan senaman ini dengan penuh harmoni dan semangat kesukanan. Senam Seni 1 Malaysia ini diharapkan dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai bangsa di sekolah ini khasnya dan di dalam negara kita umumnya.
Berikut adalah sedutan persembahan mereka yang diketuai oleh adik Firdaus bin Musa dari Tingkatan 1 Lily, di bawah bimbingan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) En. Zamri bin Pangat, Guru Pembimbing Pn. Afzam bin Abdullal dan Pn. Putri Noorashikin binti Mohd Noordin.
Tahniah dan teruskanlah usaha untuk mengukuhkan ukhwah di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Nukilan :
Pn. Putri
makasih gan
ReplyDeleteArtikelnya bagus dan mengispirasi ..jadi pengen senam tiap pagi...
dan oya untuk info tempat grosir baju senam apa ada yang tau...
kalao tau bagi infonya ya....
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete