Tuesday, 17 July 2012

Cerita pembunuhan tragis Muhammad Al-Durrah: Antara realiti dan tipu-daya Zionis. Bah. 2.





Dalam suasana kezaliman rejim Zionis yang terus memuncak di Palestin terutama sekali di Jalur Gaza. Kemudian berita kezaliman ini tersebar luas khususnya di benua Eropah yang mengamalkan kebebasan media dan mengambil berat tentang hak asasi manusia, imej rejim Zionis ini terus menjadi bertambah buruk .

Sebahagian rakyat di benua Eropah seperti Ireland, Swedeen dan Belgium secara lantang mengecam kezaliamn yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Sebagai contoh apa yang dilapurkan oleh Jeruslem Post pada 23 Jun yang lalu, duta Israel di Ireland, Zion Evrony, telah dikecam hebat oleh ‘The Irish Congress of Trade Union”. Kongress ini mengajak rakyat Ireland melakukan boikot kepada semua barangan dan perkhidmatan Isreal kerana kekejaman yang dilakukan rejim Zionis kepada rakyat Palestin. Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh ‘The Irish Congress of Trade Union”:

‘The Congress delegation report recommends that this course of actions (boycott) be pursued in order to encourage Israeli compliance with the international law and to cease its violation of human rights of the Palestinian people.”

Malah mantan Perdana Menteri Belanda (1978-1982), Andreas Van Agt’s, yang sekarang sedang menulis buku tentang konflik Israel-Arab juga mengecam hebat tindakan brutal rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Bagi beliau rejim Zionis mengamalkan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin, melanggar undang-undang antarabangsa malah tentera Israel (IDF) sendiri adalah seperti sebuah pertubuhan pengganas.

Berikut pula adalah sebahagian yang dilapurkan oleh Haaretz.com mengenai Andrae Van Agt, yang digelar oleh Israel sebagai ‘ Dutch Jimmy Carter’:

In Van Agt’s eyes, Israel is not behaving like a country that deserves to be called a member of the family of civilized nations. This observartion applies to the U.S. too, he says, which is co-responsible for the injustice we have facing for decades.

Lebih merisaukan rejim Zionis bila Hamas mula mendapat pengiktirafan dari peringkat antarabangsa terutama sekali negara-negara dari benua Eropah dalam usaha dan kesediaan mereka (Hamas) untuk berdamai dengan rejim Zionis. Ini berlaku apabila Hamas melalui perantaraan Mesir telah berjaya menunjukkan kepada dunia bahwa perdamaian sementara (truce) mampu dan boleh dicapai (walaupun hanya untuk beberapa minggu) bila rejim Zionis sanggup menerima Hamas sebagai rakan-runding dan bersetuju dengan beberapa tuntutan dari rakyat Palestin. Hamas juga telah berjaya menunjuk kepada dunia bahwa PA tidak mampu menjadi pemimpin kepada rakyat Palestin sepertimana yang diharapkan oleh AS dan rejim Zionis

Walaupun AS merupakan sekutu setia dan bersedia hidup dan mati bersama, Rejim Zionis faham bahwa mereka masih sangat memerlukan bantuan negara Eropah dalam menghadapi kebenaran yang dibawa oleh Islam. Oleh itu apa yang dilakukan oleh Nicolas Sarkozy dan rejim Zionis ialah antara usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat Eropah kepada perjuangan rejim Zionis untuk terus berkuasa di bumi Palestin khususnya dikalangan golongon muda Eropah yang mungkin tidak terdedah dengan propaganda Zionis melalui perisitwa Holocaust yang menuntut Barat bertanggungjawap menyelesaikan ‘masalah Yahudi’ (Jewish Problem) dengan apa cara sekalipun.

Kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin merupakan satu fakta dan realiti yang terus berlaku. Rejim Zionis hanya mampu bertahan melalui usaha tipu-daya yang terus-menerus dilakukan bagi melindungi kebenaran yang dibawa oleh Hamas. Usaha memutar belitkan kebenaran seperti peristiwa tragis pembunuhan Muhammad Al-Durrah ini hanyalah sebahagian kecil dari tipu daya yang telah dilakukan oleh rejim Zionis selama ini hatta sebelum dari penubuhan negara haram Israel lagi.

Sebagai contoh, pergerakan Zionis telah berjaya melalui tulisan-tulisan mereka yang diterima pakai sebagai sebuah fakta sejarah di kalangan masyarakat Barat bahwa Palestin, sebelum penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, adalah sebuah negara yang disebut sebagai “ a land without people, for people without land .” dan hanya orang Yahudi yang mampu membangun dan memajukan bumi Palestin. Jelas ini merupakan satu pembohongan yang nyata kerana orang Islam Palestin telah beratus-ratus tahun tinggal dan membangunkan bumi Palestin ini.

Usaha tipu-daya ini terus dilakukan tanpa henti oleh rejim Zionis hingga sekarang. Mutakhir ini dalam usaha rejim Zionis untuk menyekatkan dunia terutama sekali negara-negara dari benua Eropah dari berbincang secara lansung dengan Hamas tentang usaha damai di Palestin berbagai cara telah dilakukan. Contohnya Kementerian Hal-ehwal Luar Negara Israel telah menghantar Menteri untuk bersama Duta mereka di lebih 70 buah negara di dunia dalam kempen mereka untuk memujuk negara-negara ini supaya tidak mengwujudkan hubungan diplomasi dengan Hamas. Melalui propaganda jahat ini, mereka mengatakan bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan pengganas dan juga sebagai alat kepada negara Iran (Iranian tool) untuk melakukan peperangan ataupun keganasan di timur tengah.

Walaupun Mahkamah Perancis telah berjaya menimbulkan keragaun dalam kes pembunuhan Muhammad Al-Durrah ini, namun realitinya bukan seorang kanak-kanak yang dibunuh kejam oleh rejim Zionis malah telah beratus mungkin beribu yang telah dibunuh oleh mereka. Malah bukan hanya kanak-kanak saja, wanita tua, lelaki tua dan banyak lagi rakyat Palestin yang tak berdosa dibunuh oleh rejim Zionis dalam usaha untuk menguasai bumi Palestin. Bukan setakat itu saja malah berbagai-bagai bentuk kezaliman yang lain telah dikenakan keatas rakyat Palestin seperti sekatan ekonomi dan keperluan asasi kehidupan seperti makanan , bahan-api, perubatan dan lain-lain lagi seperti yang berlaku di jalur Gaza. Berdasarkan pada lapuran yang dikeluarkan oleh persatuan hak asasi manusia bahawa lebih 80% penduduk jalur Gaza mengharapkan bantuan luar untuk mendapatkan makanan pada masa sekarang.

Setakat ini rejim Zionis masih mampu bertahan dengan bantuan AS dan beberapa buah negara didunia iaitu melalui usaha propaganda jahat dan tipu-daya yang giat dilakukan. Akan sampai masanya juga bila sebahagian besar dunia tidak akan percaya dengan segala tipu-daya dan kebatilan yang dibawa oleh orang Yahudi. Saat itu negara haram Israel akan tumbang seperti pokok yang tumbang akibat akar yang telah busuk dan reput. Saat itu ialah bila kebenaran mengatasi kebatilan iaitu saat Islam mengusai dunia.

Bila ?, hanya ALLAH yang maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment