Wednesday, 25 July 2012

Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Pertama dan Kedua merupakan sejarah terburuk di dunia. Berikut adalah video mengenai Perang Dunia Pertama dan Kedua serta laman sesawang berkaitan dengan peperangan tersebut.
Di Balik Tirai Perang Dunia
Laman Sesawang Mengenai Perang Dunia Pertama
Laman Sesawang Mengenai Muzium Bom Atom

Perang hanya membawa kerosakan dan kemusnahan serta meruntuhkan sesebuah negara. Kekalkan keamanan bagi memastikan dunia kekal harmoni dan tiada permusuhan.

Nukilan :
Pn. Putri



Khalifah Ar-Rasyidin ~ Umar Al-Khattab

Saidina Umar Al-Khattab r.a. merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W.) yang telah menjadi khalifah menggantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. selepaskan kematian beliau sekitar tahun 634H - 644H. Berketurunan Bani Adi, Saidina Umar atau nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal merupakan seorang pemimpin yang tegas, berani dan berterus terang. Beliau dilantik menjadi Khalifah kerana telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

Ikuti perjalanan kisah indah Umar al-Khattab sepanjang beliau memegang tampuk kepimpinan Islam pada ketika itu. (Harap maaf, video adalah dalam bahasa indonesia tetapi masih boleh difahami oleh para pelajar jika menontonnya).

Semoga kita bersama-sama akan mendapat pengajaran daripada menonton kisah ini.

Kisah Teladan : Umar Al-Khattab Part 1
Kisah Teladan : Umar Al-Khattab Part 2
Kisah Teladan : Umar Al-Khattab Part 3


Nukilan :
Pn. Putri

Nabi Muhammad S.A.W. Pencetus Keagungan Islam

Nabi Muhammad S.A.W. merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk memimpin umatNya ke jalan yang benar. Ikuti kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. dalam animasi di bawah.

Kisah bermula daripada perlantikan Baginda sebagai Rasul, penyebaran Islam di Mekah secara sembunyi dan rahsia, Hijrah ke Madinah(Yathrib), beberapa perang yang mendebarkan sehingga saat kewafatan Baginda.

Semoga anda mendapat sesuatu dari kisah ini.

Kisah Teladan : Rasulullah Part 1
Kisah Teladan : Rasulullah Part 2
Kisah Teladan : Rasulullah Part 3
Kisah Teladan : Rasulullah Part 4
Kisah Teladan : Rasulullah Part 5
Kisah Teladan : Rasulullah Part 6
Kisah Teladan : Rasulullah Part 7
Kisah Teladan : Rasulullah Part 8
Kisah Teladan : Rasulullah Part 9
Kisah Teladan : Rasulullah Part 10
Kisah Teladan : Rasulullah Part 11
Kisah Teladan : Rasulullah Part 12


Nukilan :
Pn. Putri



Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho adalah sebuah tamadun yang terkenal dan tersohor di Asia serta terkenal di dunia. Banyak sumbangan yang telah dihadiahkan oleh tamadun ini yang masih digunapakai oleh umat dunia segala keseluruhannya. Berikut adalah satu contoh satu pembentangan ringkas mengenai tamadun ini yang telah disediakan oleh pelajar SMK Jalan Damai.

Tamadun Hwang Ho

Thursday, 19 July 2012

Syarat Pertandingan Mencipta Video Kreatif Merdeka 2012

Berikut dilampirkan syarat-syarat Pertandingan Mencipta Video Kreatif yang telah diwar-warkan sebelum ini. Diharapkan para pelajar yang berminat boleh berhubung dengan guru yang terlibat bagi memastikan pencalonan anda dalam pertandingan tersebut.

Selamat mencuba!

Sampaikanlah sesuatu dari hati anda untuk negara kita yang tercinta.

Syarat Pertandingan Video Kreatif Merdeka 2012

Nukilan :
Pn. Putri

Tuesday, 17 July 2012

Senam Seni 1 Malaysia


senam-seni2
Najib Tun Razak (tiga dari kanan) dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin bersama rakyat berbilang kaum melakukan senaman Senam Seni Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tahukah anda apa itu Senam Seni 1 Malaysia? Senam Seni Malaysia ialah senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang dilakukan termasuk aspek pemanasan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan singkat. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.

Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman. Ia amat baik untuk mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dan mengharmonikan masyarakat Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum di dalam aktiviti berkenaan.

Aktiviti fizikal berdasarkan seni dan tarian rakyat memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan penghayatan seni budaya tempatan. Senam Seni Malaysia telah membuktikan kesenian tradisional rakyat boleh diguna pakai dalam apa jua perkara.
 
Modul Senam Seni Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum di negara ini diadunkan menjadi elemen senaman selama 30 minit. Ia turut dihasilkan dalam bentuk video cakera padat (VCD), dan dijual dengan harga RM10.

Disunting Daripada Utusan Malaysia
 
Baru-baru ini, SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru telah mempersembahkan Senam Seni 1 Malaysia pada Kejohanan Sukan Tahunan 2012 mereka bertempat di Padang STF, Johor Bahru. Sekumpulan 50 orang pelajar yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan Murut mempersembahkan senaman ini dengan penuh harmoni dan semangat kesukanan. Senam Seni 1 Malaysia ini diharapkan dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai bangsa di sekolah ini khasnya dan di dalam negara kita umumnya.
 
Berikut adalah sedutan persembahan mereka yang diketuai oleh adik Firdaus bin Musa dari Tingkatan 1 Lily, di bawah bimbingan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) En. Zamri bin Pangat, Guru Pembimbing Pn. Afzam bin Abdullal dan Pn. Putri Noorashikin binti Mohd Noordin.
 

Tahniah dan teruskanlah usaha untuk mengukuhkan ukhwah di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Nukilan :
Pn. Putri

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Sempena Sambutan Kemerdekaan 2012

Satu pertandingan mencipta video kreatif dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2012.
Objektifnya :1.Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam akiiviti Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2012
2.Mengembangkan bakat dan potensi murid.
3.Menyampaikan mesej kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotisme.
Tajuk:

"DOKUMENTARI - SEJARAH KEMERDEKAAN"

Masa :

3 hingga 10 minit

Hadiah

Johan : Piala berserta wang tunai RM200.00
Naib Johan : Piala beserta wang tunai RM 150. 00
Ketiga : Piala berserta wang tunai RM100. 00

Tarikh Tutup : 10 Ogos 2012

Sesiapa yang berminat sila jumpa dengan Pn. Putri, Pn. Aini Faiz atau Cik Fazilah. Terima kasih!


Maklumat daripada:
Pn. Chan Wei May

Penindasan Di Gaza Perlu Diakhiri

Tentu ramai yang tertanya-tanya, mengapa saya memasukkan maklumat mengenai Gaza baru-baru ini. Gaza merupakan satu contoh penindasan terhadap penduduk pribumi secara total. Mereka dibunuh tanpa belas ikhsan tidak kira kanak-kanak, dewasa, perempuan, lelaki atau orang tua. Amatlah diharapkan kita sebagai warga negara Malaysia yang harmoni ini tidak akan menimbulkan kekacauan atau pergaduhan tidak kira sesama kaum atau antara kaum kerana kegoyahan kita mempertahankan perpaduan, lama kelamaan akan menjadi duri dalam daging dan mungkin akan membuka peluang penjajahan dari orang asing terhadap negara kita.

Saya ingin menyorot kembali kisah bagaimana Melaka dijajah Portugis, pelajaran yang anda pelajari di Tingkatan 1, tajuk Kemerosotan Melaka. Antara sebab utama adalah:
  • Pergaduhan Kaum(Antara Melayu dan India Muslim)
  • Kelemahan Pentadbiran
  • Kelemahan Senjata Yang Tidak Moden
  • Kehadiran Portugis dengan 3G(GOLD, GOSPEL dan GLORY)
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita mempunyai pentadbiran negara yang amat jitu dan mantap tanpa sebarang kelemahan. Senjata moden juga semakin banyak dalam simpanan pihak tentera dan polis.

Namun, janganlah kita cuba menggugat keamanan negara kita melalui pergaduhan antara satu sama lain kerana ia akan melemahkan negara kita dan seterusnya akan menyebabkan kita membuka peluang kepada negara luar yang sentiasa mengintai peluang untuk MEMILIKI negara kita yang tercinta ini. ADAKAH ANDA TERINGIN UNTUK DIJAJAH SEMULA? Jawapannya tidak bagi saya.

Diharapkan kepada semua agar tidak cuba untuk membakar sumbu kepincangan dan meneruskan keamanan ini demi agama, bangsa dan negara.

Nukilan :
Pn. Putri

Cerita pembunuhan tragis Muhammad Al-Durrah: Antara realiti dan tipu-daya Zionis. Bah. 2.





Dalam suasana kezaliman rejim Zionis yang terus memuncak di Palestin terutama sekali di Jalur Gaza. Kemudian berita kezaliman ini tersebar luas khususnya di benua Eropah yang mengamalkan kebebasan media dan mengambil berat tentang hak asasi manusia, imej rejim Zionis ini terus menjadi bertambah buruk .

Sebahagian rakyat di benua Eropah seperti Ireland, Swedeen dan Belgium secara lantang mengecam kezaliamn yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Sebagai contoh apa yang dilapurkan oleh Jeruslem Post pada 23 Jun yang lalu, duta Israel di Ireland, Zion Evrony, telah dikecam hebat oleh ‘The Irish Congress of Trade Union”. Kongress ini mengajak rakyat Ireland melakukan boikot kepada semua barangan dan perkhidmatan Isreal kerana kekejaman yang dilakukan rejim Zionis kepada rakyat Palestin. Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh ‘The Irish Congress of Trade Union”:

‘The Congress delegation report recommends that this course of actions (boycott) be pursued in order to encourage Israeli compliance with the international law and to cease its violation of human rights of the Palestinian people.”

Malah mantan Perdana Menteri Belanda (1978-1982), Andreas Van Agt’s, yang sekarang sedang menulis buku tentang konflik Israel-Arab juga mengecam hebat tindakan brutal rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Bagi beliau rejim Zionis mengamalkan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin, melanggar undang-undang antarabangsa malah tentera Israel (IDF) sendiri adalah seperti sebuah pertubuhan pengganas.

Berikut pula adalah sebahagian yang dilapurkan oleh Haaretz.com mengenai Andrae Van Agt, yang digelar oleh Israel sebagai ‘ Dutch Jimmy Carter’:

In Van Agt’s eyes, Israel is not behaving like a country that deserves to be called a member of the family of civilized nations. This observartion applies to the U.S. too, he says, which is co-responsible for the injustice we have facing for decades.

Lebih merisaukan rejim Zionis bila Hamas mula mendapat pengiktirafan dari peringkat antarabangsa terutama sekali negara-negara dari benua Eropah dalam usaha dan kesediaan mereka (Hamas) untuk berdamai dengan rejim Zionis. Ini berlaku apabila Hamas melalui perantaraan Mesir telah berjaya menunjukkan kepada dunia bahwa perdamaian sementara (truce) mampu dan boleh dicapai (walaupun hanya untuk beberapa minggu) bila rejim Zionis sanggup menerima Hamas sebagai rakan-runding dan bersetuju dengan beberapa tuntutan dari rakyat Palestin. Hamas juga telah berjaya menunjuk kepada dunia bahwa PA tidak mampu menjadi pemimpin kepada rakyat Palestin sepertimana yang diharapkan oleh AS dan rejim Zionis

Walaupun AS merupakan sekutu setia dan bersedia hidup dan mati bersama, Rejim Zionis faham bahwa mereka masih sangat memerlukan bantuan negara Eropah dalam menghadapi kebenaran yang dibawa oleh Islam. Oleh itu apa yang dilakukan oleh Nicolas Sarkozy dan rejim Zionis ialah antara usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat Eropah kepada perjuangan rejim Zionis untuk terus berkuasa di bumi Palestin khususnya dikalangan golongon muda Eropah yang mungkin tidak terdedah dengan propaganda Zionis melalui perisitwa Holocaust yang menuntut Barat bertanggungjawap menyelesaikan ‘masalah Yahudi’ (Jewish Problem) dengan apa cara sekalipun.

Kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin merupakan satu fakta dan realiti yang terus berlaku. Rejim Zionis hanya mampu bertahan melalui usaha tipu-daya yang terus-menerus dilakukan bagi melindungi kebenaran yang dibawa oleh Hamas. Usaha memutar belitkan kebenaran seperti peristiwa tragis pembunuhan Muhammad Al-Durrah ini hanyalah sebahagian kecil dari tipu daya yang telah dilakukan oleh rejim Zionis selama ini hatta sebelum dari penubuhan negara haram Israel lagi.

Sebagai contoh, pergerakan Zionis telah berjaya melalui tulisan-tulisan mereka yang diterima pakai sebagai sebuah fakta sejarah di kalangan masyarakat Barat bahwa Palestin, sebelum penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, adalah sebuah negara yang disebut sebagai “ a land without people, for people without land .” dan hanya orang Yahudi yang mampu membangun dan memajukan bumi Palestin. Jelas ini merupakan satu pembohongan yang nyata kerana orang Islam Palestin telah beratus-ratus tahun tinggal dan membangunkan bumi Palestin ini.

Usaha tipu-daya ini terus dilakukan tanpa henti oleh rejim Zionis hingga sekarang. Mutakhir ini dalam usaha rejim Zionis untuk menyekatkan dunia terutama sekali negara-negara dari benua Eropah dari berbincang secara lansung dengan Hamas tentang usaha damai di Palestin berbagai cara telah dilakukan. Contohnya Kementerian Hal-ehwal Luar Negara Israel telah menghantar Menteri untuk bersama Duta mereka di lebih 70 buah negara di dunia dalam kempen mereka untuk memujuk negara-negara ini supaya tidak mengwujudkan hubungan diplomasi dengan Hamas. Melalui propaganda jahat ini, mereka mengatakan bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan pengganas dan juga sebagai alat kepada negara Iran (Iranian tool) untuk melakukan peperangan ataupun keganasan di timur tengah.

Walaupun Mahkamah Perancis telah berjaya menimbulkan keragaun dalam kes pembunuhan Muhammad Al-Durrah ini, namun realitinya bukan seorang kanak-kanak yang dibunuh kejam oleh rejim Zionis malah telah beratus mungkin beribu yang telah dibunuh oleh mereka. Malah bukan hanya kanak-kanak saja, wanita tua, lelaki tua dan banyak lagi rakyat Palestin yang tak berdosa dibunuh oleh rejim Zionis dalam usaha untuk menguasai bumi Palestin. Bukan setakat itu saja malah berbagai-bagai bentuk kezaliman yang lain telah dikenakan keatas rakyat Palestin seperti sekatan ekonomi dan keperluan asasi kehidupan seperti makanan , bahan-api, perubatan dan lain-lain lagi seperti yang berlaku di jalur Gaza. Berdasarkan pada lapuran yang dikeluarkan oleh persatuan hak asasi manusia bahawa lebih 80% penduduk jalur Gaza mengharapkan bantuan luar untuk mendapatkan makanan pada masa sekarang.

Setakat ini rejim Zionis masih mampu bertahan dengan bantuan AS dan beberapa buah negara didunia iaitu melalui usaha propaganda jahat dan tipu-daya yang giat dilakukan. Akan sampai masanya juga bila sebahagian besar dunia tidak akan percaya dengan segala tipu-daya dan kebatilan yang dibawa oleh orang Yahudi. Saat itu negara haram Israel akan tumbang seperti pokok yang tumbang akibat akar yang telah busuk dan reput. Saat itu ialah bila kebenaran mengatasi kebatilan iaitu saat Islam mengusai dunia.

Bila ?, hanya ALLAH yang maha Mengetahui.

Tuesday, 10 July 2012

Cerita pembunuhan tragis Muhammad Al-Durrah: Antara realiti dan tipu-daya Zionis. Bah 1.




Sudah lupa tentang kisah sedih pembunuhan Muhammad Al-Durrah?. Berikut adalah sebahagian dari cerita yang menyayatkan hati ini yang tak sepatut dilupakan oleh umat Islam.

Walaupun mendapat amaran dari sekolah, dipukul oleh bapanya dan ibunya pula memujuk supaya tidak pergi keluar dan melontar batu ke arah kereta kebal tentera rejim Zionis, Faris Odeh, yang baru berumur 12 tahum, tetap juga dengan azamnya untuk shahih menentang rejim Zionis. Akhirnya Faris Odeh mendapat shahihnya juga apabila di tembak mati oleh tentera rejim zionis di lintasan Karni di jalur Gaza.

Tindakan berani kanak-kanak Palestin ini telah didorong oleh kematian tragis Muhammad Al-Durrah yang dibunuh kejam oleh rejim Zionis. Faris Odeh mendapat syahihnya sepuluh hari selepas Muhammad Al-Durrah menemui ajalnya (shahid) dihujung senjata tentera rejim Zionis di persimpangan Netzarim di jalur Gaza. pada musim sejuk 30 September 2000. Pada masa itu Muhammad Al- Durrah yang baru berumur 12 tahun, bersama bapanya Jamal Al-Durrah dan penduduk Palestin yang lain di jalur Gaza beramai-ramai berkumpul di Bandar Gaza bagi membantah lawatan Ariel Sharon ke Masjid al-Aqsa. Ariel Sharon adalah bapa pengganas yang sangat dibenci oleh rakyat Palestin dan umat Islam (yang faham sejarah Palestin) kerana telah bertanggugjawab membunuh beribu-ribu pelarian Palestin di kem Sabra & Shateela (sekitar tahun 1987 ). Semasa perjalanan pulang Muhammad Al-Durrah dan bapanya telah diserang oleh tentera rejim Zionis (IDF) disebuah jalan bernama al-Shuhada. Dalam serangan ini Muhammad Al-Durrah dan bapanya dihujani peluru senapang tentera rejim Zionis selama lebih dari 45 minit. Bapa dan anak yang tak berdosa ini menjerit meminta tolong kepada tentera rejim Zionis supaya memhentikan tembakan, namun jeritan mereka tak didengar oleh sesiapa pun. Peluru rejim Zionis terus dihemburkan kearah mereka berdua yang tidak mempunyai apa-apa pun untuk berlindung. Muhammad Al-Durrah hanya dapat berlindung dari tembakan rejim Zionis dengan dakapan bapanya sahaja. Namun akhirnya anak yang tak berdosa ini menghembuskan nafas terakhirnya didalam dakapan bapanya yang juga cedera parah akibat terkena tembakan rejim Zionis. Pemandu kereta ambulan, Bassam al-Balbesi, yang cuba berkejar membantu mereka juga ditembak mati oleh tentera rejim Zionis, kemudian pemandu kereta ambulan yang kedua juga cedera akibat ditembak oleh tentera rejim Zionis semasa ingin membantu mereka berdua.

Peristiwa tragis dan sedih ini telah dapat dirakam oleh Talal Abu Rahma, seorang jurukamera sebuah stesyen TV milik kerajaan Perancis (France 2) yang berada semasa kejadian tembak-menembak itu. Dan kemudian berita ini telah disiarkan di Perancis oleh oleh wartawan France 2, Charles Enderlin dan kemudian diulang-tayang oleh stesyen-stesyen TV yang lain di seluruh dunia.

Gambar anak yang ketakutan berdepan dengan hujanan peluru rejim Zionis tanpa mempunyai apa-apa perlidungan kecuali hanya berlindung dengan dakapan ayahnya yang juga dalam ketakutan telah menjadi satu ikon dan symbol keganasan dan kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Peristiwa ini juga telah mencetus kemarahan umat Islam seluruh dunia terhadap Israel dan rejim Zionis. Peristiwa tragis ini juga yang seterusnya menyemarakkan lagi api semangat Intifada di bumi Palestin.


Jamal-Al Durrah, bapa kepada Muhammad Al-Durrah yang lumpuh akibat peristiwa ini, semasa ditembual oleh pemberita menceritakan kembali pengalaman sedihnya.

“ Saya merayu kepada seluruh dunia, kepada siapa yang telah melihat dikaca TV kekejaman Yahudi ini supaya bertindak dan membantu saya untuk membalas perbuatan jahat rejim Zionis dan menghadapkan Israel ke muka pengadilan”,

“ Ia merupakan satu pengalaman yang buruk (menyedihkan) dalam hidup saya.. . pada masa itu anak saya merayu, demi cintakan ALLAH, lindungilah saya, Baba!.
Saya tidak akan merupakan perkataan ini.”

Tetapi jangan terkejut kisah tragis ini yang menjadi ikon kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin mungkin akan hanya menjadi sebagai sebuah cerita dongeng atau rekaan saja. Ramai umat Islam tidak mengetahui bahawa pada 21 Mei yang lalu Mahkamah Rayuan Perancis telah menerima rayuan Philippe Karsenty terhadap saman yang telah dibuat oleh sebuah stesyen TV milik kerajaan Perancis (France 2) terhadap beliau. Philippe Karsenty adalah seorang aktivis Media Perancis yang telah mengatakan bahwa kisah pembunuhan kejam Muhammad Al-Durrah oleh rejimZionis ini adalah rekaan semata-mata.

Sebenarnya kes mahkamah ini bermula pada 22 November 2004 bila Phillippe Karsenty menulis sebuah artikel dalam website miliknya (Media rating), menuduh wartawan France 2 iaitu Charles Enderlin dan Arlette Chabot telah menipu dan mereka (fabricate) cerita tragis kematian Muhammad Al-Durrah ini. Bagi beliau cerita kematian Muhammad Al-Durrah tidak pernah terjadi dan apa yang disiarkan oleh France 2 adalah sebuah cerita rekaan dan hanya lakunan semata-mata.

Pada 14 September 2004, stesyen TV France 2 telah membuat saman malu (defamation suit) terhadap Philippe Karsenty kerana menyiarkan artikel yang menuduh France 2 menyiarkan sebuah berita palsu tentang kematian Muhammad Al-Durrah. Bagaimanapun setelah hampir dua tahun iaitu pada 19 Oktober 2006 mahkamah Perancis telah memutuskan bahawa stesyen TV France 2 telah menang dalam kes samannya terhadap Phillippe Karsenty.

Philippe Karsenty yang tak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah
membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Perancis pada 12 September 2007.
Pada 21 Mei 2008 (seperti disebut diatas) Mahkamah Rayuan Perancis telah mengenepikan saman yang dibuat oleh France 2 terhadap Philippe Karsenty. Keputusan ini dibuat atas dasar bahawa beliau (Philipe Karsenty) mempunyai hak untuk mengkritik dan beliau melakukan dengan “good faith”.
Namun begitu yang lebih penting daripada isu saman ini ialah Mahkamah Perancis tidak membuat apa -apa keputusan (judgement) tentang status kesahihan berita yang disiarkan oleh France 2 iaitu samada cerita ini benar atau palsu. Secara lansung keputusan ini telah menimbulkan keraguan terhadap peristiwa tragis pembunuhan Muhammad Al-Duraah oleh rejim Zionis. Keputusan mahkamah ini juga sudah cukup untuk menjadi satu kemenangan kepada rejim Zionis dalam usaha untuk memulihkan imejnya yang buruk akibat peristiwa tragis ini terutama sekali kepada rakyat Perancis dan benua Eropah umumnya.

Ianya bukan satu kebetulan tetapi dirancang sebegitu. Ini disebabkan setelah hampir 8 tahun peristiwa tragis berlaku, hanya baru tahun ini Mahkamah Perancis mengambil keputusan bahawa Philippe Karsenty tak bersalah iaitu setelah Nicolas Sarkozy dipilih menjadi President Perancis pada tahun lepas (2007). Ini dapat dilakukan dengan mudah kerana Nicolas Sarkozy adalah seorang yang berketurunan Yahudi Greek dan secara terbuka mengatakan beliau adalah rakan karib George Bush dan Amerika Syarikat (juga rejim Zionis), malah beliau bangga di gelar sebagai ‘Sarkozy the American’ . Beliau dalam pemilihan President Perancis tahun lepas telah mengalahkan Jacques Chirac yang ketahui umum tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

Bukan itu saja keputusan mahkamah ini pula dibuat sebulan sebelum Nicolas Sarkozy melawat negara haram Israel iaitu pada 23 Jun baru-baru ini. Mungkin ini juga sebagai hadiah yang paling bermakna dari Nicolas Sarkozy, President Perancis yang berketurunan Yahudi , kepada rejim Zionis sebagai tanda persahabatan antara Perancis dan Israel.

Semasa lawatannya ini Nicolas Sarkozy juga telah dipeluang sebagai tanda hormat Israel kepada beliau untuk berucap dalam satu sesi khas di Knesset (Dewan Parlimen Israel).
Berikut adalah sebahagian dari ucapan yang telah dibuat oleh beliau bagi menyakinkan rejim Zionis tentang komitmen Perancis kepad negara haram Israel:

“Anyone trying to destroy Israel will find France blocking the way.”


Bersambung...

Sumber dipetik dari :
http://dariipohuntukgaza.blogspot.com/2008/07/cerita-pembunuhan-tragis-muhammad-al.html
Megat S Ibrahim

Monday, 9 April 2012

Peristiwa Bersejarah SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru

Pada hari Khamis 5 April 2012 yang lalu, berlaku satu peristiwa yang bersejarah di dalam diari warga SMK Tasek Utara 2 iaitu bangunan sekolah ini telah disambar petir dan mengakibatkan kebakaran kecil berlaku di bangunan blok Tingkatan Menengah Atas dan Pejabat. Kebakaran yang merebak dari kawasan bumbung itu berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dalam jangka masa yang singkat.

 

       Gambar kebakaran yang bermula dari bahagian bumbung Blok Tingkatan 5
                                    Ihsan : Nur Insyirah Ishak : 5 Hibiscus

 
Pelajar-pelajar yang masih berada di kawasan sekolah untuk latihan kawad kaki, bola jaring dan sebagainya telah diarahkan untuk berkumpul di tempat yang selamat dan balik apabila kebakaran semakin merebak ke bangunan Pejabat. Kebakaran yang hanya melibatkan bahagian atas bangunan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri warga SMK Tasek Utara 2 supaya lebih berhati-hati dalam menghadapi kecemasan.

 
Di sini saya lampirkan sedikit informasi berguna yang dapat digunakan semasa kebakaran. (Dipetik dari Latihan Dalam Perkhidmatan : Kebakaran pada hari Rabu, 28 Mac 2012)

 
*      Penceramah ialah Mr. Rubern Teoh dari Johor Fire Preventor Society, sebuah badan NGO yang membantu masyarakat meningkatkan kesedaran mengenai kebakaran.
*      Cara dan kesedaran mengenai pencegahan kebakaran.
*      Terdapat seramai 13 000 ahli anggota bomba bagi 28 juta penduduk do Malaysia. Ikut statistik sepatutnya 60 000 anggota bomba.
*      Api terbentuk apabila oksigen, bahan bakar dan kepanasan. Api terang : api yang membakar kayu, plastik dan kertas. Cara mematikan api ialah mencurah air untuk menghilangkan kepanasan. Melemaskan dengan cara menutup punca api dengan menggunakan kain basah.Melaparkan dengan cara mengalihkan barang tersebut ke tempat lain yang tiada bahan bakar.
*      Api Elektrik : Power overloading (lebih guna power) guna alat pemadam api, tong merah label hitam CO2, tidak boleh guna pada pembakaran api terang. Biru: dry powder (sodium bicarbonate).
*       Cara menggunakan pemadam api dengan betul : P – pull pin, A –aim, S – Squeeze, S – Swip.
*      Jarak berdiri daripada api 2.5 meter, di tempat terbuka, jangan bertentang angin, di tempat tertutup pastikan berdiri berhampiran pintu terbuka supaya mudah melarikan diri sekiranya api merebak dengan cepat.
*      Guna selipar, tutup pakai kayu atau penyapu, JANGAN PAKAI TANGAN.
*      112 – telefon bimbit. 999 – kecemasan.
*      Padamkan api pada badan manusia guna dry powder. Jangan gunakan air kerana boleh mengakibatkan lecur yang kronik.
*      Pemadam api mesti ada dalam kereta dan di rumah.
*      Letak pada compartment, dalam poket pada seat kereta.
*      Asap lebih bahaya dari api kerana kelajuan asap lebih cepat dari api, 3 minit boleh mati melalui suffocation, keracunan asap kerana kebakaran plastik dan getah, CO2, CO, sulphur dioxide dan lain-lain, suhu asap adalah 200oC – 225oC. Contact lense dan kaca mata perlu di buka semasa kebakaran takut akan cair dalam mata atau pecah kerana suhu yang tinggi.
*      Fire Alarm : asap 5 kali lebih cepat berbanding api, memenuhi ruang atas, sekiranya berbunyi terdapat 7-8 minit. Beli yang pakai bateri.
*      Website bomba : http://bombajohor.com.my
*      Penggera asap perlu di pasang di ruang tamu, di tangga di dalam rumah.
*      Cegah sebelum parah.
*      Kunci dan alat pemadam api perlu berada berhampiran semasa tidur.
 
Diharap semua warga SMK Tasek Utara 2 dapat memanfaatkan maklumat ini diwaktu-waktu
memerlukan.

 
Nukilan : Cik Putri

 

 

 

 

Wednesday, 4 April 2012

Kerajaan Agraria - Funan

Kerajaan Funan adalah salah sebuah kerajaan awal yang termasyhur bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di seluruh pelosok dunia. Kerajaan Agraria yang berasaskan pertanian ini dianugerahkan dengan tanah yang subur dan sumber air bersih yang banyak memungkinkan kemegahannya terserlah. Ikuti kisah kerajaan Funan yang gilang gemilang dengan menonton video di bawah.

Funan 1
Funan 2
Funan 3
Funan 4
Funan 5
Funan 6
Funan 7
Funan 8
Funan 9
Funan 10

Selamat menonton! :)
(Tingkatan 1, PMR, Tingkatan 4, SPM)

Thursday, 29 March 2012

Taman Tergantung Babylon

Terletak di Iraq, Taman Tergantung Babylon adalah salah sebuah 7 keajaiban dunia. Akan tetapi, kejatuhan Tamadun Sumeria menjadikan Taman Tergantung Babylon ini ditinggalkan dan keagungan lalu yang masih dapat dilihat hanyalah tinggalan monumennya yang bersejarah.

Rahsia Pembinaan Taman Tergantung Babylon 1
Rahsia Pembinaan Taman Tergantung Babylon 2

Wednesday, 28 March 2012

Rahsia Pembinaan Piramid

Tamadun Mesir Purba adalah salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Terdapat pelbagai sumbangan yang diasaskan oleh tamadun ini. Salah satu daripada sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada tamadun dunia adalah PIRAMID. Gabungan ilmu matematik dan taat setia rakyat kepada rajanya, terciptalah keajaiban dunia yang sukar ditafsirkan oleh manusia hingga kini. Saksikan video penciptaan Piramid dan keistimewaannya.

Rahsia Pembinaan Piramid Bahagian 1
Rahsia Pembinaan Piramid Bahagian 2
Rahsia Pembinaan Piramid Bahagian 3
Rahsia Pembinaan Piramid Bahagian 4
Rahsia Pembinaan Piramid Bahagian 5
Rahsia Pembinaan Piramid Bahagian 6

(Tingkatan 4 dan SPM)

Oleh : Cik Putri

Monday, 26 March 2012

Sejarah Melaka : Dulu Hingga Kini

Melaka sesungguhnya sebuah negeri yang amat bersejarah. Terdapat beberapa kisah menarik mengenai Melaka yang harus diketahui generasi muda hari ini. Hayati kisah penubuhan Melaka, kegemilangan, pahit getir perjuangan mempertahankan kedaulatannya, penjajahan serta keutuhannya kini.

(Tingkatan 1, PMR dan 5, SPM)

Klik di sini untuk menonton video

Oleh : Cik Putri

Thursday, 22 March 2012

Kejatuhan Empayar Melaka ke Tangan Portugis

Kedatangan Portugis ke Melaka pada abad ke-15 di atas sokongan Putera Henry yang memberi banyak dorongan kepada rakyatnya dalam bidang pelayaran telah membawa kepada kejatuhan Empayar Melaka yang telah retak menanti belah itu. Kejatuhan Empayar Melaka ini telah membuka pintu kepada Barat untuk menjajah Tanah Melayu yang digelar 'Semenanjung Emas' oleh para pedagang ketika itu. Kegigihan pahlawan melayu menentang musuh bermati-matian seharusnya dicontohi dan dikagumi.

(Tingkatan 1, PMR)
Klik di sini untuk menonton video

Oleh : Cik Putri

Monday, 30 January 2012

JANUARI DALAM SEJARAH

Pada tanggal 31 Januari 1900 telah berlaku satu peristiwa bersejarah yang menyayat hati yang melanda rakyat kita. Pada hari itu, pejuang negara yang gagah berani dan cekal, Mat Salleh atau nama sebenarnya Mohamad Salleh bin Datu Balu telah terkorban dalam satu serangan bersenjata oleh pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang telah menyerang kubu pertahanannya. Perjuangannya tetap diingati dan dihayati oleh kaum seketurunannya iaitu Suku Sulu Paitan.

Penentangan Mat Salleh merupakan penentangan terbesar terhadap British di Sabah. Beliau yang merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut amat tidak berpuas hati terhadap pendudukan SBUB di kawasan pengaruhnya tanpa menghiraukan kedudukan Mat Salleh pada waktu itu. Bukan sahaja mengenakan cukai kepala dan surat perahu, pihak SBUB juga turut bersikap kasar terhadap penduduk tempatan yang menimbulkan amarah Mat Salleh dan penduduk tempatan tersebut.

Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895 tetapi beliau tidak dilayan. Sebaliknya, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan wilayah Tambunan kepadanya. Namun, pihak SBUB telah mungkir janji dan menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan balas telah dilakukan terhadap Mat Salleh oleh SBUB menyebabkan terkorbannya wira negara yang amat tabah dan cekal menentang penindasan British terhadap rakyat tempatan.

Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Al-Fatihah.

(Tingkatan 2, PMR, Tingkatan 5 dan SPM)

Oleh : Cik Putri

Sunday, 29 January 2012

SELAMAT KEMBALI

Selamat kembali diucapkan buat semua warga SMK Tasek Utara 2 yang telah kembali selepas cuti seminggu. Diharapkan semua ahli negara SMK Tasek Utara 2 sudah menyiapkan tugasan sewaktu cuti yang lalu.

Buat yang akan menghadapi Ujian getir tahun ini (PMR dan SPM), diharapkan tuan hamba dapat bersiap sedia sebelum terlambat.

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA

Teruskan berusaha bagi yang telah berjaya bagi mencapai kegemilangan. Buat yang sering kecundang, tingkatkan usaha supaya dapat mencapai kejayaan.

Oleh : Cik Putri

Wednesday, 18 January 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Salam 1 Malaysia buat semua rakyat jelata. Di sini, kami selaku Memanda Menteri Hal Ehwal Dalam Negara (Panitia Sejarah) ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Hidup di dalam negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, kebudayaan dan bangsa, kita seharusnya sentiasa meraikan sambutan yang dirayakan setiap bangsa bagi memastikan keutuhan sentiasa menjadi tiang yang menegakkan kejayaan negara kita. Justeru, pada hari yang berbahagia ini, bersamalah kita meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama rakan-rakan berbangsa Cina yang berjiran serta yang kita kenali.

Diharapkan sambutan Tahun Baru Cina ini dapat merapatkan hubungan kita dalam merealisasikan 1 Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.

Oleh : Cik Putri

Tuesday, 17 January 2012

SALAM TAHUN BAHARU

Hari yang berganti telah membawa kita ke tahun baharu 2012. Buat semua rakyat jelata yang mendaftar di Jajahan Tadbir SMK Tasek Utara 2, baharu dan lama, kami selaku Memanda Menteri Hal Ehwal Dalam Negara(Panitia Sejarah) mengucapkan...

SELAMAT BERJUANG

Oleh : Cik Putri