Pada tanggal 31 Januari 1900 telah berlaku satu peristiwa bersejarah yang menyayat hati yang melanda rakyat kita. Pada hari itu, pejuang negara yang gagah berani dan cekal, Mat Salleh atau nama sebenarnya Mohamad Salleh bin Datu Balu telah terkorban dalam satu serangan bersenjata oleh pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang telah menyerang kubu pertahanannya. Perjuangannya tetap diingati dan dihayati oleh kaum seketurunannya iaitu Suku Sulu Paitan.
Penentangan Mat Salleh merupakan penentangan terbesar terhadap British di Sabah. Beliau yang merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut amat tidak berpuas hati terhadap pendudukan SBUB di kawasan pengaruhnya tanpa menghiraukan kedudukan Mat Salleh pada waktu itu. Bukan sahaja mengenakan cukai kepala dan surat perahu, pihak SBUB juga turut bersikap kasar terhadap penduduk tempatan yang menimbulkan amarah Mat Salleh dan penduduk tempatan tersebut.
Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895 tetapi beliau tidak dilayan. Sebaliknya, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan wilayah Tambunan kepadanya. Namun, pihak SBUB telah mungkir janji dan menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan balas telah dilakukan terhadap Mat Salleh oleh SBUB menyebabkan terkorbannya wira negara yang amat tabah dan cekal menentang penindasan British terhadap rakyat tempatan.
Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Al-Fatihah.
(Tingkatan 2, PMR, Tingkatan 5 dan SPM)
Oleh : Cik Putri